Tuesday, July 28, 2020

Project Mahar/Wakaf Quran Terjemahan Mandarin







al-Qur'an Waqf project (English article click here)



Ikhwan Ng, 012-3979998
lifemualaf@gmail.com
 Sekiranya anda Reverted Muslim ataupun Non Muslim dan berminat untuk dapatkan senaskah al-Qur'an terjemahan Cina, sila dapatkan daripada saya, tiada bayaran dan caj postage.
If you're Reverted Muslim or Non Muslim and interested to grab a copy of al-Qur'an Chinese Translation, please ask for a copy of al-Qur'an from me. Free of charges. 
 如果你是皈依伊斯兰的穆斯林或者非穆斯林,然而有兴趣获得一本中文译本古兰经,请联络我以获得一份免费的古兰经。


Kini blogger 'Another Chinese Muallaf' yakni bro Ikhwan Ng ingin menguruskan projek Quran ini secara berterusan, tujuannya adalah memudahkan pembelian dan wakaf Quran terjemahan cina yang diimport dari Negara China.
Quran akan diedarkan melalui poslaju selepas pre order, ia mengambil masa 1-2 minggu untuk penghantaran quran dari China.




Terdapat tiga jenis Quran terjemahan:

A) teks Quran+ teks terjemahan bahasa cina, A4 size
RM100 termasuk postage
Versi A diterjemah oleh Tokoh Islam China, Wang Zin Zai 王静斋. Ia mempunyai kaki nota yang amat terperinci baik sejarah penurunan teks quran mahupun penjelasan yang berkenaan. Versi ini amat mudah difahami untuk pembaca yang baru mengenali Quran

B) teks Quran+ teks terjemahan bahasa cina, A5 size
RM70 termasuk postage
Versi B diterjemah oleh Tokoh Islam China, Ma Jian 马坚. Teks terjemahan cina dan teks Quran, versi terjemahan yang standard di negara China.

C) teks terjemahan bahasa cina, pocket size
RM30 termasuk postage
Versi C diterjemah oleh Tokoh Islam China, Ma Jian 马坚. Hanya teks terjemahan cina sahaja.

D) teks terjemahan bahasa cina, A5 size
A5 Size, mudah untuk dibaca.. sesuai untuk diwakaf ataupun dihadiahkan.. 
RM30 termasuk postage
Versi C diterjemah oleh Tokoh Islam China, Ma Jian 马坚. Hanya teks terjemahan cina sahaja.


CARA WAKAF QURAN :
Mengenai cara wakaf Quran, anda boleh memilih Versi Terjemahan yang ingin diwakafkan. Setelah pembayaran dibuat.. Maka bro Ikhwan akan salurkan wakaf Quran kepada rakan Non-Muslim yang berjinak2 hatinya ke arah Islam. (Bro sering mengenali mereka melalui blog dan media sosial) Dan juga berikan kepada NGO semasa program dakwah dan sebagainya.

CARA BELI QURAN:
Berikan bro Ikhwan nama, alamat dan nombor telefon selepas pembayaran selesai. Boleh bayar kepada akaun Maybank ataupun CIMB. Quran akan diedar dalam masa 2 minggu.

Nombor akaun bank:

MAYBANK (Current Account/Akaun Semasa)
5080 9250 7248
Muhammad Ikhwan Ng bin Abdullah
lifemualaf@gmail.com

CIMB
7030 1012 85
Muhammad Ikhwan Ng Abdullah
lifemualaf@gmail.com

PayPal Email : lifemualaf@gmail.com

Jazakumullah khairan

Thursday, June 16, 2016

100 Naskah Wakaf Quran daripada KLezcar





Projek Wakaf Quran Terjemahan Bahasa Cina
012-3979998

Syukur alhamdulillah.. Sumbangan Ikhlas oleh KLezcar, akhi AF ZA bersama sahabatnya telahpun selamat disampaikan kepada Idt Centre yang bawah pimpinan Bro Lim Jooi Soon.. Iaitu sebanyak 100 naskah Quran Terjemahan versi C yang bernilai RM 3,000.00 jumlahnya.

Untuk maklukan, IDT center sentiasa menjalankan kelas untuk Reverted Muslim, Kelas cara berdakwah, Maqasid Syariah, Sirah Nabi, Perbandingan agama, program dakwah kepada non muslim dan banyak lagi..

Semoga Allah SWT memberkati semua yang sama-sama menjayakan Projek Wakaf Quran Terjemahan ini.




Selasa, 5 April 2016,

Tuan Haji Abdul Wahab Mah Bin Abdullah menyampaikan Al-Quran Bahasa China dari sumbangan Muhammad Ikhwan Ng Bin Abdullah, contact: 012-3979998 www.lifemualaf.blogspot.com (Wakaf Al-Quran) kepada Saudara Kita Tang Jian Wen, Beliau sedang mengikuti Program Pensijilan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Kompleks Al-Saadah, Lot 5417, Jalan Mufti Ahmad, Rahang Square, 70100, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.

No Tel: +606-7621876

Thursday, January 21, 2016

Wakaf Quran kepada MACMA Biro Kluang, Johor

19 Jan 2016, MACMA Biro Kluang, membuat Lawatan Mingguan Ceramah Agama kepada Penghuni Saudara Baru Muallaf dan menyampaikan WAQAF AL-QURAN kepada Penjara Kluang, Johor.






Saturday, December 26, 2015

Frankie The Freethinker



"I'm Frankie and I'm a free believer. Today I would like to tell you about why I wanted to get an al-Qur'an, alright here is the reasons: First I wanted to get somethings that I don't know about Islam. I am trying to understand all the holy book no matter holy bible or al-Qur'an, because I know that is the way to make world as a peaceful world that we everyone like to be live in. I knowthere are many people misunderstand about Islam as the terrorists most are muslim, but I just wanted to tell them that terrorist is not Islam there are the satan follower, I want to be a bridge to get everybody know that no one religion is teach us to be bad. I hope you can understand my words, so let us hand in hand together make the world as a better place. By the way do you understand Chinese, because your Chinese speak very well."

This is Frankie, a freethinker from Sabah that requested a Qur'an Chinese Translation with one of my Malay friend Azizul Hadi. Hence Azizul Hadi made payment and request me send a copy of Qur'an translation to Frankie. Not long after he has received the Qur'an, Frankie message us about what he is trying to do with it.

Both of us feel surprised with Frankie's intention, he is striving hard to declare that every religions led to peaceful world, thus he is trying to understand Islam and al-Qur'an then explain it with others.

Yes indeed Frankie, The word “Islam” is derived from the word meaning “peace” in Arabic. Islam is a religion revealed to mankind with the intention of presenting a peaceful life where the infinite compassion and mercy of God manifests on earth. God calls all people to live by the moral values He sets so that compassion, mercy, peace and love can be experienced all over the world.

“O You who believe! Enter absolutely into peace (Islam). Do not follow in the footsteps of satan. He is an outright enemy to you.” (Holy Quran: 2, 208)

Been organizing this small wakaf Qur'an project for months, I believe this is the most cheerful message from Qur'an receiver. May Allah SWT bless Frankie and show him the true path to eternal Guidance.

Wednesday, December 16, 2015

Wakaf al'Qur'an yang telah diberikan kepada "Kelab Damai UUM"

al-Qur'an terjemahan cina yang telah diberikan kepada pihak Kelab Damai UUM beberapa bulan lepas.

Sebanyak 18 naskah al-Qur'an terjemahan bahasa cina telahpun diedarkan kepada persatuan siswa "Kelab Damai UUM". Begitu hebatnya mereka menjalankan streetdakwah dengan siswa Non-Muslim..

Diantaranya UUM students berjaya menjalankan streetdakwah kepada non muslim, dimana salah satu naskah Quran terjemahan cina (RM30, versi D, kulit hijau) telahpun diedarkan kepadanya. 

Daripada Facebook Page Kelab Damai UUM :

Assalamualaikum & salam sejahtera warga kampus
Alhamdulillah Street Dakwah:Terrorisme telah melabuhkan tirai programnya pada hari ini. Program yang begitu rancak ini telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut.
Ternyata Islam ini tidak asing bagi not-yet muslim kerana mereka dikelilingi rakan-rakan muslim. Mereka sangat teruja apabila dapat mengetahui Islam itu dan tidak kurang pula pada yang bertanya pelbagai persoalan mengenai Islam. Buku-buku dan bahan ilmiah terutamanya Al-Quran terjemahan daripada berbagai bahasa menarik tumpuan utama kepada not-yet Muslim
Ucapan terima kasih kepada kru Street Dakwah:Terrorism (SDT) kerana telah bertungkus lumus dalam persiapan dan mencurahkan sepenuh kudrat tenaga sepanjang program ini berlangsung. Program tahunan ini telah dirangka dan diselia oleh saudara Pawaka Legendria dan Muhammad Syukhri Shafee yang bukan lagi individu asing dalam dunia dakwah kepada not-yet Muslim
Program yang disertai hampir 60 orang sukerelawan ini telah dimeriahkan lagi dengan penerimaan sumbangan buku dan bahan-bahan ilmiah daripada pelbagai badan bukan kerajaan(NGO) .

al-Qur'an versi B (RM70) Red Hard Cover.. Di antara Quran terjemahan yang amat terkenal di Malaysia. 
Setinggi-tinggi penghargaan juga dituju kepada Sahabat YADIM UUM kerana turut membantu dari segi tenaga dan kewangan.
Dan tidak lupa kepada mahasiswa/i yang bersama-sama memeriahkan suasana Street Dakwah kali ini. Juga istimewa buat not yet muslim, kami kru SDT sangat menghargai sikap keterbukaan anda yang menerima & mendengar tentang Islam. Semoga jalan kebenaran menjadi milik kita semua.











Sunday, September 13, 2015

Sekiranya anda menemui mana2 saudara muslim yang ingin dapatkan senaskah quran terjemahan cina, berikan saya nama, alamat dan nombor hp.. quran akan diedarkan secara percuma.

Senaskah al-Quran versi B telahpun diberikan kepada Saudara Muslim ini..