Tuesday, July 28, 2015

Penyampaian Wakaf Quran Kepada Sahabat Facebook






Penyampaian Wakaf Quran Kepada Persatuan Saudara Muslim Pulau Pinang




Wakaf Quran terjemahan mandarin yang telah diedarkan kepada Persatuan Saudara Muslim Pulau Pinang..

Jazakallah khyran kepada semua yang memberi wakaf..

Info wakaf quran: 012-3979998

Penyampaian wakaf Quran



Beberapa naskah wakaf Quran terjemahan cina yang diberikan kepada bro Hairol Kamal Razali yang giat aktif dalam bidang dakwah.. beliau akan tolong berikan Quran kepada cina muslim kelak..

Terima kasih kepada semua yang menyumbang wakaf Quran. Di antara luahan hati Chinese reverted muslim kepada saya adalah mereka telah berniat belajar Islam sungguh2 sejak melafaz syahadah. Tapi kefahamannya tentang BM dan English adalah amat terhad.. secara tidak langsung mereka menjadi lemah dalam menimba ilmu Islam.

Malah kedai buku boleh dikatakan tiada jual buku islamik bahasa cina langsung.. memandangkan pembaca cina muslim hanyalah minoriti di Malaysia.

Semoga usaha kerdil saya dan wakaf daripada kalian akan membantu dakwah kepada non muslim dan memperkukuhkan ilmu reverted muslim.

Info waqaf/infaq quran:
Ikhwan Ng
012-3979998