Thursday, June 16, 2016

100 Naskah Wakaf Quran daripada KLezcar





Projek Wakaf Quran Terjemahan Bahasa Cina
012-3979998

Syukur alhamdulillah.. Sumbangan Ikhlas oleh KLezcar, akhi AF ZA bersama sahabatnya telahpun selamat disampaikan kepada Idt Centre yang bawah pimpinan Bro Lim Jooi Soon.. Iaitu sebanyak 100 naskah Quran Terjemahan versi C yang bernilai RM 3,000.00 jumlahnya.

Untuk maklukan, IDT center sentiasa menjalankan kelas untuk Reverted Muslim, Kelas cara berdakwah, Maqasid Syariah, Sirah Nabi, Perbandingan agama, program dakwah kepada non muslim dan banyak lagi..

Semoga Allah SWT memberkati semua yang sama-sama menjayakan Projek Wakaf Quran Terjemahan ini.




Selasa, 5 April 2016,

Tuan Haji Abdul Wahab Mah Bin Abdullah menyampaikan Al-Quran Bahasa China dari sumbangan Muhammad Ikhwan Ng Bin Abdullah, contact: 012-3979998 www.lifemualaf.blogspot.com (Wakaf Al-Quran) kepada Saudara Kita Tang Jian Wen, Beliau sedang mengikuti Program Pensijilan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Kompleks Al-Saadah, Lot 5417, Jalan Mufti Ahmad, Rahang Square, 70100, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.

No Tel: +606-7621876